Saturday 30 July 2011

#TIPS UNTUK JADI BAHAGIA

Jika anda berminat untuk menjadi orang yang bahagia , anda tidak perlu mendaftar ke Wad Bahagia di Hospital Tanjung Rambutan.

What you need to do is..?



#Senyum

‘Bangun pagi dan senyum’. Ya memang la selalu orang cakap bangun pagi gosok gigi. Okay kalau nak gosok gigi after korang senyum pon boleh. Sikit pun tak ada masalah. Hygiene memang sangat penting untuk dijaga. Even saraf gigi kita ada kaitan dengan saraf otak kita. Actually semua saraf yang ada di seluruh tubuh kita dari mulai rambut sampai kaki semuanya berpusat di otak. Begitu juga dengan saraf gigi kita. Jadi tak heran lah kalau sakit gigi juga boleh sampai ke kepala, bukan ?Jadi, kalau mahu jadi orang yang bijak pandai, sila kerap gosok gigi.  



#ceriakan hidupmu

Jalani hidup seperti biasa. Kalau ada orang mengumpat benda yang negative, sila jauhkan diri sebab kalau boleh kita tak mahu yang mana yang negative tu melekat kat kita juga kan. So cheer yourself. Avoid stress.Meet people. Mix with them. Talk to them.Laugh with them. Live your life to its fullest. Dont be forever alone. Itu tak best! Spend your quality time with your colleagues. Have fun.  And do stupid things with your friends. Because these stupid little things are gonna be the most memorable thing that you will remember for the rest of your life.





#Makan sepuas hati





Ini yang paling aku suka. Amboi bab bab makan ni aku la nombor satu kan. Haha.Tahu tak makan tu boleh buat korang jadi happy. My aunty said kita pada usia muda ni makan la sepuas hati. Nak makan nutella ke,cheese cake ke, macaroni cheese ke, trifle ke, or apa apa je lah sila la makan, sebab nanti dah tua (means dah kahwin) kita takmo makan dah. Eh bukan takmo makan, kita akan lebih menjaga pemakanan. Kalau nak makan pun, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Kalau gemuk kang susah, nanti suami lari. Jadi, masa single muda remaja ni la boleh makan banyak2 kan? Sebab tak ada sapa yang nak lari kan?HAHA. tapi tapi walaupun kita muda lagi, but still kalau melantak makanan tu berpada pada juga la,diet mesti dijaga sekali sekala,  jangan sampai obese! :P





#Tidur



Kurang tidur adalah salah satu punca boleh buat seseorang itu gemuk. Setahu aku la , pembakaran lemak berlaku ketika kita tidur.Pembakaran kalori jadi sangat sikit kalau kurang tidur. Tidur yang cukup ialah 8 jam.Tapi normally for remaja and adults, 6 jam cukupla. Tak payah la lama sangat tidur, kang terlepas lecture pagi2. Tidur 4 jam and below boleh menyebabkan kegemukan. Correct me if i am wrong. So tadi korang makan sedap2 kan, jangan lah terus tidur, kang buncit pula. Tidur pada waktu yang sepatutnya lah kan.   



#Maafkan orang

Ini setiap malam pun boleh buat. Bukan masa hari raya je kita maafkan orang. Masa nak tidur tu maafkan semua orang tak kira la ada orang buat salah dengan kita atau tak. Tak rugi satu sen pun kita maafkan orang. Untung ada la.Yang pasti, korang akan rasa tenang. InsyaAllah (:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)




Renung renungkan dan selamat beramal! :D

No comments:

Post a Comment