Monday 22 August 2011

the list

not done yet :
1-medical checkup
2-fees degree payment
3-searching high and low for baju kurung to wear for degree
4-packing things up for degree
5-marathon movie dalam laptop miahaha
6-habiskan cadburry blackforest dalam peti ais


motif??
-TIADA. saja aku bosan

kbai assalamualaikum

Sunday 31 July 2011

marhaban ya Ramadhan

HAPPY FASTING EVERYONE! 
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA.
SELAMAT BERAMAL.
SELAMAT MENGUTIP PAHALA BANYAK2. 

(:

Saturday 30 July 2011

#TIPS UNTUK JADI BAHAGIA

Jika anda berminat untuk menjadi orang yang bahagia , anda tidak perlu mendaftar ke Wad Bahagia di Hospital Tanjung Rambutan.

What you need to do is..?



#Senyum

‘Bangun pagi dan senyum’. Ya memang la selalu orang cakap bangun pagi gosok gigi. Okay kalau nak gosok gigi after korang senyum pon boleh. Sikit pun tak ada masalah. Hygiene memang sangat penting untuk dijaga. Even saraf gigi kita ada kaitan dengan saraf otak kita. Actually semua saraf yang ada di seluruh tubuh kita dari mulai rambut sampai kaki semuanya berpusat di otak. Begitu juga dengan saraf gigi kita. Jadi tak heran lah kalau sakit gigi juga boleh sampai ke kepala, bukan ?Jadi, kalau mahu jadi orang yang bijak pandai, sila kerap gosok gigi.  



#ceriakan hidupmu

Jalani hidup seperti biasa. Kalau ada orang mengumpat benda yang negative, sila jauhkan diri sebab kalau boleh kita tak mahu yang mana yang negative tu melekat kat kita juga kan. So cheer yourself. Avoid stress.Meet people. Mix with them. Talk to them.Laugh with them. Live your life to its fullest. Dont be forever alone. Itu tak best! Spend your quality time with your colleagues. Have fun.  And do stupid things with your friends. Because these stupid little things are gonna be the most memorable thing that you will remember for the rest of your life.





#Makan sepuas hati





Ini yang paling aku suka. Amboi bab bab makan ni aku la nombor satu kan. Haha.Tahu tak makan tu boleh buat korang jadi happy. My aunty said kita pada usia muda ni makan la sepuas hati. Nak makan nutella ke,cheese cake ke, macaroni cheese ke, trifle ke, or apa apa je lah sila la makan, sebab nanti dah tua (means dah kahwin) kita takmo makan dah. Eh bukan takmo makan, kita akan lebih menjaga pemakanan. Kalau nak makan pun, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Kalau gemuk kang susah, nanti suami lari. Jadi, masa single muda remaja ni la boleh makan banyak2 kan? Sebab tak ada sapa yang nak lari kan?HAHA. tapi tapi walaupun kita muda lagi, but still kalau melantak makanan tu berpada pada juga la,diet mesti dijaga sekali sekala,  jangan sampai obese! :P





#Tidur



Kurang tidur adalah salah satu punca boleh buat seseorang itu gemuk. Setahu aku la , pembakaran lemak berlaku ketika kita tidur.Pembakaran kalori jadi sangat sikit kalau kurang tidur. Tidur yang cukup ialah 8 jam.Tapi normally for remaja and adults, 6 jam cukupla. Tak payah la lama sangat tidur, kang terlepas lecture pagi2. Tidur 4 jam and below boleh menyebabkan kegemukan. Correct me if i am wrong. So tadi korang makan sedap2 kan, jangan lah terus tidur, kang buncit pula. Tidur pada waktu yang sepatutnya lah kan.   



#Maafkan orang

Ini setiap malam pun boleh buat. Bukan masa hari raya je kita maafkan orang. Masa nak tidur tu maafkan semua orang tak kira la ada orang buat salah dengan kita atau tak. Tak rugi satu sen pun kita maafkan orang. Untung ada la.Yang pasti, korang akan rasa tenang. InsyaAllah (:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)




Renung renungkan dan selamat beramal! :D

Wednesday 27 July 2011

jangan ganggu saya

kita boleh percaya ke pada mimpi? betul ke orang cakap kalau kita mimpi orang tu means that orang tu tengah rindu kita. psychologically effect. BETUL EH? macam tak boleh percaya je.
















last night, i had a dream. i dreamt about someone. someone that i really tried to forget. but why did he emerged in my dream? hishh i was enjoying my mcflurry and he was there too! whattheeeeeeee.



ok fine people said 'mimpi mainan tidur', i wanna believe that.please give me some space to get over you. dont ever come in my dream anymore.i really hate it.




eh apa aku merepek ni?

Tuesday 26 July 2011

sakit lah kena inject untuk check hiv and hepatitis!

hari ini, 26 july 2011 saya samhana mohd sani dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sudah buat pemeriksaan darah untuk hepatitis B , C and HIV

test ni wajib untuk every medical student.

so terpaksa lah aku pergi jugak untuk test ni walaupun dalam hati dah cuak gila kot.

ok ni harga kat KBMC(Kota Bharu Medical Centre)
check hepatitis B C and hiv : RM 80
medical checkup : RM 65
TOTAL : RM 145
so kalau korang nak yg murah boleh je nak pergi hospital kerajaan tapi result dia lambat gila lah. confirm berjanggut nak tunggu result. sini service dia satisfying. nurse pun baik baik je semua (:


ok back to topic.

aku kena inject untuk ambil darah tu dua2 belah tangan.HISH! TAHU TAK SAKIT TU APA? SAKIT KOT! LENGUH DAH TANGAN NI!

dia buat macamtu sebab masa dia cucuk kat tangan kanan, darah keluar sikit je.pastu sekali dia tolak syringe tu kedalam. sepatutnya tak boleh buat macam tu. masa premed hari tu belajar kalau darah tak keluar juga kita kena cabut jarum tu. tak boleh tolak syringe ke dalam. bahaya.( siyes cuak masa ni. tapi nak tegur kang dia cakap berlagak pula. dah la tak masuk medik lagi. so diam and berserah je la. tawakal je la)

then dia cucuk lagi tangan kiri sebab tak cukup amount yang dia nak tadi. ok sabar je lah.

nurse : eh ni nak masuk medik kan? mana boleh takut!
aku : hehe takut sikit je. ( padahal dalam hati takut gila. cover macho lagi)
nurse : eh sikit je ni keluar darah tangan kanan ni. jom kita buat tangan kiri pulak
aku: haaaaaaaaaa? ( gelabah gila)
nurse : ala sikit je ni. nak jadi doktor kan kena la kuat
aku : oo ok. aaaaaaa. sakit la kak.
nurse : relax2. haa kena relaks macam ni baru lah kuar darah banyak sikit

aku tak tengok pon masa dia inject aku tu. aku cuak gila. haha. bila dah siap tu aku bukak mata.fuyooooooooo penuh syringe tu dengan darah aku. ni nak test darah ke nak derma darah?

-______-" sabor je la.






HAHAHA. mari kita gelak sama sama. ni muka masa 2010. ambil vaccine apa ntah. dah lupa.



tahun 2011 pun muka lebih kurang macam tu juga lah. cuma cuma kerutan di muka tu less sedikit . haha. tak remaja ah kan nangis! cuak sikit takpe! :D

current life

premed is over

now cuti lagi

next week bulan ramadhan, nak puasa dah yay

next 2 month, i'll be in shah alam yay

this coming september, i'll be a medical student -o-

jungmal jungmal cant believe it. (jungmal means really in korea. hehe)

pray hard for me :D

i want to survive throughout my medical students' years! insyaAllah

Saturday 11 June 2011

:(

roommates semua dah balik kelantan. cuti dua hari aku balik rumah aunty. esok balik ke USA(uitm shah alam) semula.

esok, bila masuk bilik, aku sorang sorang je terkontang kanting di bilik.

ah sabarlah.


una, nani. izinkan daku menumpang tidur di bilikmu. sorry lah sebab budak penakut ni nak menyusah kan korang selama 3 minggu ini.



3 weeks more to end this summer camp premed. bila nak winter ni?



cepat lah cepat lahhh masa berlalu. saya nak balik kelantan!

Wednesday 8 June 2011

confuse

Assalamualaikum


                                    sleepyhead. source:google


aku tak tahu kenapa dua tiga hari ni asyik mengantuk je. everyday kat sini ada lecture. yesterday keluar sekejap pergi noodle station dengan unya sayang and housemates. so last night tidur awal sebab takut nak tidur lewat sorang sorang. around 11 p.m tu terus shut down laptop tutup lampu tidur.

the night before which is two days ago aku tidur lewat juga. kalau kat rumah tak ada la lewat sangat. it was 1.11 a.m. tak lewat kan? :)

so bila tidur lewat aku tak mengantuk masa lecture. but then bila tidur awal semalam, serious mengantuk sangat! mata macam dah ada gam.what is this?

maybe melatonin sudah menggila?

maybe biological clock ku sudah pening lalat?

sampai purse pun hilang. tapi sudah dijumpai di dalam locker sendiri. sampai kena panggil pakcik kolej mawar tolong pecahkan mangga locker tu. haih kenapa hari ini semua benda upside down. mamai ke apa.

ok lah. petang ini ada lecture motivasi pula. nak tidur dulu. wahai biological clock sila la kejutkan saya pukul 2.30 petang. bye

Monday 6 June 2011

premedic ( hospital sungai buloh )

hari ni visit to hospital sungai buloh. niat di hati nak bangun pukul 5.30 pagi. alarm dah set kan pukul 5.30 pagi. but then tiba tiba alarm tu tak bunyi pula.(whether tak bunyi or tangan tutup alarm tanpa disedari haha). but i manage to shower ASAP and lepas solat tak sempat pakai compact powder terus husna(my groupmate) datang bilik. terkejut and kalut ribut sampai handphone pun tertinggal. -.-

dari shah alam ambil masa setengah jam kot nak sampai hospital sungai buloh. yes sempat sambung tidur jap. sampai sana, wah terkejut tengok hospital ni macam cantik sangat. besar and selesa macam private hospital. tip top lah. siap ada escalator and kopitiam lagi. confuse kejap. ni hospital ke shopping mall ni. sorry tak sempat snap sebab budak budak ni semua suka jalan laju laju. memang jalan rushing sangat. pastu satu lagi, nak posing depan hospital pun tak sempat. maybe budak budak yang nak masuk medic ni tak suka ambil gambar kot. aku sorang je gila bergambar. -.-

ni masa nak gi pejabat.haa tengok betapa laju nya dorang jalan. sampai tertinggal aku kat belakang. haha




then, ada dua session. first session dengan Dr Anitha, doctor ENT. second session dengan Dr Shah, doctor plastic surgery. kitorang just sempat pergi ward ICU and tengok case case biasa je. aku expect boleh tengok natural childbirth, small procedures and something like that. but tadi just tengok case burn biasa biasa je.


so,  i hope for something more in hospital selayang


by the way, i miss you papa. :')

Friday 3 June 2011

comparison between puncak alam and shah alam



#uitm puncak alam




                                         #uitm shah alam


premedic uitm 2011

it's been four days already wihout realizing. but so far it's fun eventhough i am a lil bit tired. eh a lot actually!

just got the broadband from papa. on9 tak ingat dunia sekejap. sekarang dah pukul 2 pagi lah makcik sam.bye gotta get some sleep.

tommorrow i'll be having a class by 8.00 o clock. hopefully boleh bangun pukul 6.

goodnight people.


photos  will be uploaded soon. =)

Friday 27 May 2011

this is for you

Assalamuaikum

#tolong sayang diri sendiri sebelum terOVER sayang orang lain.

#tolong consider perasaan orang lain

#tolong jangan buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah diri sendiri dan keluarga

#tolong jaga budi bicara kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut kita melambangkan peribadi diri

#tolong jaga diri

haihh apesal banyak words tolongtolong ni. nevermind.the point is i love you. that's why aku minta tolong. kthx bye.

Thursday 26 May 2011

first entry

Assalamualaikum

Hello people 


Again.

This is for the second time. I used to have a blog that have been deleted few years ago due to some problems.

Here I am again.Indulging myself in the blogging world. Hoping this blog would last longer than the previous one.

Do support me, thanks =)