Sunday 31 July 2011

marhaban ya Ramadhan

HAPPY FASTING EVERYONE! 
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA.
SELAMAT BERAMAL.
SELAMAT MENGUTIP PAHALA BANYAK2. 

(:

Saturday 30 July 2011

#TIPS UNTUK JADI BAHAGIA

Jika anda berminat untuk menjadi orang yang bahagia , anda tidak perlu mendaftar ke Wad Bahagia di Hospital Tanjung Rambutan.

What you need to do is..?



#Senyum

‘Bangun pagi dan senyum’. Ya memang la selalu orang cakap bangun pagi gosok gigi. Okay kalau nak gosok gigi after korang senyum pon boleh. Sikit pun tak ada masalah. Hygiene memang sangat penting untuk dijaga. Even saraf gigi kita ada kaitan dengan saraf otak kita. Actually semua saraf yang ada di seluruh tubuh kita dari mulai rambut sampai kaki semuanya berpusat di otak. Begitu juga dengan saraf gigi kita. Jadi tak heran lah kalau sakit gigi juga boleh sampai ke kepala, bukan ?Jadi, kalau mahu jadi orang yang bijak pandai, sila kerap gosok gigi.  



#ceriakan hidupmu

Jalani hidup seperti biasa. Kalau ada orang mengumpat benda yang negative, sila jauhkan diri sebab kalau boleh kita tak mahu yang mana yang negative tu melekat kat kita juga kan. So cheer yourself. Avoid stress.Meet people. Mix with them. Talk to them.Laugh with them. Live your life to its fullest. Dont be forever alone. Itu tak best! Spend your quality time with your colleagues. Have fun.  And do stupid things with your friends. Because these stupid little things are gonna be the most memorable thing that you will remember for the rest of your life.





#Makan sepuas hati





Ini yang paling aku suka. Amboi bab bab makan ni aku la nombor satu kan. Haha.Tahu tak makan tu boleh buat korang jadi happy. My aunty said kita pada usia muda ni makan la sepuas hati. Nak makan nutella ke,cheese cake ke, macaroni cheese ke, trifle ke, or apa apa je lah sila la makan, sebab nanti dah tua (means dah kahwin) kita takmo makan dah. Eh bukan takmo makan, kita akan lebih menjaga pemakanan. Kalau nak makan pun, ambil dalam kuantiti yang sedikit. Kalau gemuk kang susah, nanti suami lari. Jadi, masa single muda remaja ni la boleh makan banyak2 kan? Sebab tak ada sapa yang nak lari kan?HAHA. tapi tapi walaupun kita muda lagi, but still kalau melantak makanan tu berpada pada juga la,diet mesti dijaga sekali sekala,  jangan sampai obese! :P





#Tidur



Kurang tidur adalah salah satu punca boleh buat seseorang itu gemuk. Setahu aku la , pembakaran lemak berlaku ketika kita tidur.Pembakaran kalori jadi sangat sikit kalau kurang tidur. Tidur yang cukup ialah 8 jam.Tapi normally for remaja and adults, 6 jam cukupla. Tak payah la lama sangat tidur, kang terlepas lecture pagi2. Tidur 4 jam and below boleh menyebabkan kegemukan. Correct me if i am wrong. So tadi korang makan sedap2 kan, jangan lah terus tidur, kang buncit pula. Tidur pada waktu yang sepatutnya lah kan.   



#Maafkan orang

Ini setiap malam pun boleh buat. Bukan masa hari raya je kita maafkan orang. Masa nak tidur tu maafkan semua orang tak kira la ada orang buat salah dengan kita atau tak. Tak rugi satu sen pun kita maafkan orang. Untung ada la.Yang pasti, korang akan rasa tenang. InsyaAllah (:

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)




Renung renungkan dan selamat beramal! :D

Wednesday 27 July 2011

jangan ganggu saya

kita boleh percaya ke pada mimpi? betul ke orang cakap kalau kita mimpi orang tu means that orang tu tengah rindu kita. psychologically effect. BETUL EH? macam tak boleh percaya je.
















last night, i had a dream. i dreamt about someone. someone that i really tried to forget. but why did he emerged in my dream? hishh i was enjoying my mcflurry and he was there too! whattheeeeeeee.



ok fine people said 'mimpi mainan tidur', i wanna believe that.please give me some space to get over you. dont ever come in my dream anymore.i really hate it.




eh apa aku merepek ni?

Tuesday 26 July 2011

sakit lah kena inject untuk check hiv and hepatitis!

hari ini, 26 july 2011 saya samhana mohd sani dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sudah buat pemeriksaan darah untuk hepatitis B , C and HIV

test ni wajib untuk every medical student.

so terpaksa lah aku pergi jugak untuk test ni walaupun dalam hati dah cuak gila kot.

ok ni harga kat KBMC(Kota Bharu Medical Centre)
check hepatitis B C and hiv : RM 80
medical checkup : RM 65
TOTAL : RM 145
so kalau korang nak yg murah boleh je nak pergi hospital kerajaan tapi result dia lambat gila lah. confirm berjanggut nak tunggu result. sini service dia satisfying. nurse pun baik baik je semua (:


ok back to topic.

aku kena inject untuk ambil darah tu dua2 belah tangan.HISH! TAHU TAK SAKIT TU APA? SAKIT KOT! LENGUH DAH TANGAN NI!

dia buat macamtu sebab masa dia cucuk kat tangan kanan, darah keluar sikit je.pastu sekali dia tolak syringe tu kedalam. sepatutnya tak boleh buat macam tu. masa premed hari tu belajar kalau darah tak keluar juga kita kena cabut jarum tu. tak boleh tolak syringe ke dalam. bahaya.( siyes cuak masa ni. tapi nak tegur kang dia cakap berlagak pula. dah la tak masuk medik lagi. so diam and berserah je la. tawakal je la)

then dia cucuk lagi tangan kiri sebab tak cukup amount yang dia nak tadi. ok sabar je lah.

nurse : eh ni nak masuk medik kan? mana boleh takut!
aku : hehe takut sikit je. ( padahal dalam hati takut gila. cover macho lagi)
nurse : eh sikit je ni keluar darah tangan kanan ni. jom kita buat tangan kiri pulak
aku: haaaaaaaaaa? ( gelabah gila)
nurse : ala sikit je ni. nak jadi doktor kan kena la kuat
aku : oo ok. aaaaaaa. sakit la kak.
nurse : relax2. haa kena relaks macam ni baru lah kuar darah banyak sikit

aku tak tengok pon masa dia inject aku tu. aku cuak gila. haha. bila dah siap tu aku bukak mata.fuyooooooooo penuh syringe tu dengan darah aku. ni nak test darah ke nak derma darah?

-______-" sabor je la.






HAHAHA. mari kita gelak sama sama. ni muka masa 2010. ambil vaccine apa ntah. dah lupa.



tahun 2011 pun muka lebih kurang macam tu juga lah. cuma cuma kerutan di muka tu less sedikit . haha. tak remaja ah kan nangis! cuak sikit takpe! :D

current life

premed is over

now cuti lagi

next week bulan ramadhan, nak puasa dah yay

next 2 month, i'll be in shah alam yay

this coming september, i'll be a medical student -o-

jungmal jungmal cant believe it. (jungmal means really in korea. hehe)

pray hard for me :D

i want to survive throughout my medical students' years! insyaAllah